KERJAYA DI MALAYSIA

Tahukah anda kerjaya merupakan penentu masa depan seseorang. Kerjaya yang anda akan miliki pada masa hadapan akan menentukan corak kehidupan anda pada ketika itu. Sebelum memilih sesuatu bidang kerjaya, anda perlulah mengambil kira beberapa elemen penting. Antara elemen tersebut ialah
·         Bakat
·         Minat
·         Kemampuan/ kelayakan

 













Elemen di atas akan menentukan sama ada anda mempunyai kelayakan ataupun tidak di dalam bidang kerjaya tertentu  sekaligus menentukan tempoh anda berada dalam bidang tersbut. hal ini demikian kerana ketiadaan minat yang baik terhadap bidang kerjaya tertentu akan menyebabkan seseorang tidak dapat bertahan lama dalam bidang kerjaya yang dimiliki. Justeru, pemilihan kerjaya haruslah dibuat dengan teliti terutamanya apabila seseorang ingin mengisi kursus dengan kelayakan SPM.
Untuk pengetahuan anda, bidang kerjaya di Malaysia dapat dibahagikan kepada lapan bidang utama. Antaranya ialah:
1. Bidang kewangan/perniagaan
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan

  • Bidang Kewangan/Perniagaan
Bagi bidang kewangan/perniagaan, individu yang ingin menceburi bidang ini selalunya berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan serta dapat mempengaruhi orang ramai. Selain itu, bidang ini juga memerlukan seseorang yang mempunyai personaliti yang interpersonal yakni suka bergaul. Antara pekerjaan yang terlibat dalam bidang ialah:
·         Pentadbiran dan pengurus bank
·         Perancang dan pengurus kewangan
·         Pengurus dan agen insurans
·         Eksekutif jualan dan pemasaran
·         Pengurus pengiklanan
·         Eksekutif akaun
·         Akauntan/juruaudit
·         Aktuari
·         Pegawai bank
·         Pemerosesan data
·         Penganalisis data


  • Bidang Penulisan dan Komunikasi
Bidang ini kebiasaanya sangat sesuai bagi seseorang yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni. Antara pekerjaan dalam bidang ini ialah:
·         Wartawan
·         Editor
·         Jurubahasa
·         Penterjemah
·         Penerbit rancangan radio/televisyen
·         Pengacara radio/televisyen
·         Penulis skrip
·         Perunding komunikasi


  • Bidang Perubatan/Sains
Bidang ini pula adalah sangat sesuai bagi individu yang mempunyai minat terhadap kerja-kerja penyelidikan dan bidang yang mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat. Antara kerjaya yang terlibat dalam bidang ini ialah:
·         Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
·         Doktor haiwan
·         Jururawat
·         Pembantu makmal/pembantu perubatan
·         Juru radiologi
·         Ahli farmasi
·         Juru terapi
·         Saintis
·         Ahli biologi/kimia
·         Pakar nuklear
·         Ahli geologi/geofizik

  • Bidang Perkeranian dan Pentadbiran
Bidang pperkeranian dan pentadbiran sesuai dipilih oleh invidu yang mempunyai minat untuk melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat. Kerjaya yang berkaitan dengan bidang ini ialah:
·         Pengurus perjawatan
·         Pegawai sumber manusia
·         Pegawai tadbir
·         Pembantu undang-undang
·         Kerani
·         Setiausaha

  • Bidang Seni Reka dan Kreativiti
Individu yang mempunyai kemahiran dan minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif adalah sesuai bagi bidang ini. Mereka boleh memilih untuk bekerja dalam pekerjaan seperti di bawah:
·         Pelukis
·         Pelukis grafik/batik
·         Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
·         Pereka bentuk dalaman
·         Jurugambar
·         Juru solek

  • Bidang Teknikal
Ia bersesuaian bagi individu yang berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal yang lain. Antara kerjaya bidang ini ialah:
·         Arkitek
·         Perancang Bandar dan Wilayah
·         Juruteknik
·         Juruukur
·         Mekanik
·         Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
·         Pakar runding


  • Bidang Keusahawanan
·         Bagi individu yang suka bekerja sendiri, individu tersebut boleh  menjalankan perniagaan dan perusahaan seperti:
·         Perniagaan runcit
·         Perusahaan Kilang
·         Pemborong
·         Kontraktor
·         Pengusaha hotel
·         Perusahaan bengkel
·         Perusahaan butik

  • Bidang Perkhidmatan
Individu yang mempunyai kemahiran interpersonal iaitu suka melakukan kerja-kerja sosial  yang melibatkan orang ramai sangat sesuai menceburi bidang kerjaya seperti di bawah:
·         pensyarah/guru
·         Pustakawan
·         Pegawai Perhubungan Awam
·         Peguam/pendakwaraya/hakim
·         Polis/askar
·         Pemandu pelancong
·         Kaunselor
·         Pramugari/pramugara
·         Tukang masak profesional


Contoh kerjaya yang dinyatakan di dalam setiap bidang di atas hanyalah sebahgian kecil kerjaya terdapat dalam bidang tersebut. Terdapat juga kerjaya lain yang tidak dinyatakan di atas yang muncul di negara kita ini. Selain daripada lapan bidang kerjaya di atas, terdapat juga bidang kerjaya lain di Malasyia yang muncul akibat perkembangan sains dan teknologi. Antara bidang serta kerjaya tersebut ialah seperti yang diterangkan dibwah:


  • Sains Aktuari
Perkembangan pesat yang berlaku dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Kepakaran dalam bidang ini adalah masih berkurangan. Skop bidang aktuari ini memerlukan pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.

  • Arkitek
Tugas bagi seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang-undang dan akta perancangan setempat. Seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir.

  • Bioperubatan
Bidang sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Tenaga mahir untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan. Program di universiti yang menawarkan bidang ini adalah bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan makmal di hospital dan industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal dan mempunyai pengetahuan tentang dasar dalam bidang sains perubatan serta mempunyai pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan. Pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi, biokimia, fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, farmakologi, entomologi, dan sains kesihatan persekitaran. Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber manusia agak banyak.

  • Bioteknologi
Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Ia memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses. Bioteknologi adalah julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.

  • Dietetik
Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik. Ahli dietetik bertugas sebagai pemberi khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

  • Kedoktoran Veterinar
Individu yang menceburi bidang ini akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan. Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelalai dan menjalankan pembedahan haiwan. Individu yang mempunyai lulusan dalam bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-makmal haiwan, universiti (sebagai pensyarah) atau boleh membuka klinik haiwan sendiri.


  • Juruterbang
Kerjaya sebagai juruterbang ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan.  Kerjaya ini juga menjanjikan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko. Antra ciri peribadi yang menjadi keutamaan bagi kerjaya ini ialah :
·         Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya
·         Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani
·         Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
·         Boleh berkomunikasi dengan baik.
·         Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
·         Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
·         Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
·         Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
·     Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan) 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).
·         Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci).
·       Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama.

  • Sains Nuklear
Ia merupakan satu bidang baru yang mempunyai peranan penting dalam sektor perindustrian. Sains nuklear merupakan bidang ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang pertanian, perubatan, industri, teknologi, alam sekitar dan sains asas. Bagi lulusan dalam bidang ini, individu tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Hal ini demikian kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan dalam sektor awam mahupun sektor swasta. Jawatan yang boleh disandang ialah ialah seperti jurutera kawalan mutu, penyelidik, pegawai di bidang pengawalan alam sekitar, perunding, pegawai di Institut Teknologi Nuklear Malaysia  serta menjadi pegawai di syarikat-syarikat perindustrian. Mereka juga boleh berkhidmat dalam bidang industri rawatan sisa radioaktif, perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi sinaran.


Selain daripada seperti diatas, banyak lagi bidang kerjaya yang kita boleh terokai iaitu bidang hartanah malah peluang pekerjaannya adalah pelbagai seperti ejen hartanah, pengurusan harta di condo/apartment/flat, penilaian dan juga di tapak projek. Pada zaman kini banyak kerjaya-kerjaya yang baru muncul. contonhnya: welding didasar laut.

No comments:

Post a Comment