TIPS BAGI MEREKA YANG INGIN MENGHADIRI TEMUDUGA



Tatacara Semasa Ditemuduga

1.               Semasa masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ia akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.


2.           Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

3.           Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduk dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah. Tenangkan fikiran anda.

4.           Elakkan meletak barang-barang, tangan dan siku anda di atas meja penemuduga itu.

5.           Jangan anda mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

6.           Elakkan perbuatan menggoyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya. Anda dinasihatkan untuk tidak  membaca surat-surat dan kertas-kertas yang berada di atas meja penemuduga itu.

7.            Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

8.           Elakkan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.

9.           Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu (eye contact). Jika ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.

10.     Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.

11.         Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

12.     Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

13.     Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

14.     Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, elakkan daripada berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

15.     Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

16.     Elakkan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

17.      Jika anda pernah bekerja dahulu, berikan keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan pekerjaan tersebut.

18.     Jangan sekali-kali anda cuba mencela bekas majikan anda.

19.     Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit tentang tugas-tugas yang berkaitan dengan pekerjaan.

21.     Bersedia untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

22. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

23. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.


VIDEO TIPS TEMUDUGA


No comments:

Post a Comment