Soalan Ujian Kerjaya


Apakah Kekuatan Saya?

Anda harus faham personaliti anda sendiri sekiranya anda mahu berjaya dalam karier dan gembira dengan apa-apa yang anda lakukan. Pekerja  yang gembira ialah pekerja yang produktif. 

      Adakah personaliti seseorang boleh diukur?Perangai manusia sentiasa berubah dan menjadi fitrah manusia untuk berubah mengikut kehendak setempat.Walaubagaimanapun, ada sesetengah perangai atau kebiasaan kita yang tidak boleh diubah.

    Tujuan ujian ini adalah untuk mencari identity anda yang sebenar bukan untuk mencari identiti anda yang sebenar bukan untukmencari kelemahan diri anda. Oleh itu, anda diminta supaya menjawab dengan ikhlas dan jujur. Sebaik-baiknya, jawab semua soalan secara sepontan tanpa berfikir akibat daripada jawapan tersebut.

    Semasa menjawab soalan personaliti, cuba untuk menjadi diri anda sendiri bukan orang lain ataupun seseorang yang anda ingin jadi.

    Jika anda ingin jawapan yang lebih konsisten, adalah lebih baik jika anda membuat ujian ini dua kali supaya anda dapat memahami soalan dan menyelami hati anda dengan lebih baik.

    Tidak ada jawapan betul atau salah dalam ujian ini.Bulatkan jawapan yang anda rasa paling sesuai untuk menceritakan diri anda. Jawab Semua soalan.

Contoh:
Apabila saya tidur, saya jarang sekali bermimpi.
Ya/ tidak
Jika jawapan anda tidak, maka itu bermakna anda selalu bermimpi.Jangan hiraukan akan huruf-huruf yang terdapat di sebelah jawapan anda.Huruf-huruf itu akan dihuraikan nanti.

  Jika anda sudah memahami konsep ini, sila jawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Sila klik untuk Bahagian 1

No comments:

Post a Comment