Pemilihan kerjaya
merupakan sesuatu yang kompleks dalam kehidupan terutamanya kepada mereka yang
masih lagi tercari-cari apa yang mereka kehendaki di dalam kehidupan dan
kerjaya. Berikut adalah beberapa tips bagi memudahkan ataupun bagi
menjadi penduan kepada individu dalam membuat pemilihan kerjaya.
1.
Kerjaya harus dipilih berdasarkan apa yang diminati atau disukai.
2.
Kerjaya yang dipilih haruslah berdasarkan pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki.
3.
Kerjaya tidak harus datang secara paksaan contohnya dari ibu
bapa atau keluarga.
4.
Kerjaya bukanlah untuk dicuba-cuba (trial & error)
5.
Seseorang perlu yakin dengan kerjaya yang diceburinya. Kejayaan
bukan datang dalam sekelip mata. Ia akan memakan masa. Oleh itu ketekunan dan
istiqamah serta doa amat penting dalam menjamin kerjaya masa depan.
6.
Kerjaya yang dipilih haruslah tidak bersandarkan kepada faktor
kewangan semata-mata. faktor lain yang lebih penting harus diambil kira.
7.
Sebelum memilih sesuatu kerjaya dapatkan informasi sebanyak
mungkin terlebih dahulu.
8.
Jumpa orang yang lebih berpengalaman dan bertanya soalan-soalan
yang relevan kepada mereka. Dengan kata lain dapatkan nasihat daripada mereka
yang pakar.
9.
Dapatkan restu dari kedu-dua ibu bapa. Restu mereka amat penting
dalam menjamin kejayaan anda.
10. Lakukanlan Solat
Istiharah dan berserah pada Allah s.w.t. Hanya Dia sahaja yang maha mengetahui
dan penentu segalanya.
No comments:
Post a Comment